Friday 9 May 2014

Trip ke Phnom Penh



Dah lama tak update rasanya sebab sebulan dua kebelakangan ini rasanya terlalu membusykan diri sampaikan rasanya takde masa nak update blog walaupon ada beberapa content untuk dijadikan bahan cerita. So sebab tak nak hold lama2 cerita ni takut terlupa so aku rasa aku nak update beberapa buah posts. Dengan bermula post pasal trip kitaorang di Phnom Penh dulu, Bismillah..

28 March 2014

-     Setelah 2 hari plan dengan boss kami iaitu En. Hisham dan juga Abang Nasir yang merupakan Head Tuk Tuk driver Hotel merangkap Tour Guide selama 2 hari kami berada di Phnom Penh nanti akhirnya telah bersetuju untuk membawa kami berjalan jalan ke ibu kota Cambodia iaitu Bandaraya Phnom Penh.

Okay, setelah berhempulas pulas berkhidmat untuk MyHibiscus Hotel sejak kami touhdown di Siem Reap pada akhir tahun lepas iaitu pada 1 Disember 2013 akhirnya En. Hisham yang merupakan director Hotel akhirnya menunaikan janji beliau untuk membawa kami berjalan jalan ke Phnom Penh. Setelah selesai berbincang budget kami berenam selama 2 hari di sana ialah seperti budget makanan, tiket bas, tempat penginapan semua 2 hari sebelumnya akhirnya pada tanggal 28 March 2014 satu saat yang kami semua nanti nantikan akhirnya tiba. Memang masing2 excited happy giler, yerlah sebab sebelum ni asyik2 terperap kat hotel atau sekadar berjalan jalan di bandar Siem Reap akhirrnya kami berjaya keluar daripada kawasan Siem Reap. Pada hari tersebut setelah habis shift pada pukul 8 malam aku terus balik ke bilik hotel untuk mengemas segala benda untuk di bawa ke sana. Setelah semua siap packing barang masing2 pada pukul 11 malam  dengan menaiki Tuk Tuk kami terus ke area Pub Street di mana di situ kami akan menaiki bas ke Phnom Penh. Di sebabkan Cambodia merupakan negara yang bagi aku merupakan 20 tahun kebelakang daripada Malaysia so paham paham jerlah infrastruktur kt negara mereka tak sama seperti di Malaysia, di Siem Reap ataupon di Phnom Penh memang takde Stesen Bas. Kami hanya menunggu di tepi jalan untuk menaiki bas yang akan membawa kami ke Phnom Penh. Akhirnya kami menaiki bas pada pukul 11.45 malam. Okay first impression kitaorang bila masuk kt bas kami memang terkejut, sebabnya bila tengok daripada luar rasanya macam bas 2 tingkat sama macam kt Malaysia tapi bila masuk jer dalam bas kami terkejut sebab bas tu takde seat langsung sebaliknya seat tempat duduk di gantikan dengan tilam. Okaylah walaupon tilam kami masih lagi excited sebab disediakan juga selimut nipis, Wifi, plug untuk charge, TV, headphone walaupon tak berapa nak berfungsi. Aku pairing dengan Abang Nasir, Pak An dengan Enche dan Haziq dengan Alep. So kitaorang punya tiket berharga USD11 seorang, kira2 RM35 dan bas tu aku difahamkan macam berkonsepkan Hotel Bas yerlah ada tilam, selimut, Wifi, tempat charge semua walaupon TV dengan Headphone langsung tak boleh guna.


29 March 2014

-    Jalan nak ke Phnom Penh kena melalui jalan besar ataupon kt Malaysia di panggil jalan lama lah sebab dekat Cambodia memang takde Highway macam kt Malaysia. Dengan permukaan jalan yang tak begitu baik memang membuatkan aku susah untuk melelapkan mata. Sepanjang perjalanan untuk ke Phnom Penh bas memang akan berhenti di Kampong Cham dulu kalau tak silap aku, lebih kurang kawasan perhentian utama lah tapi memang serba kekurangan just ada jual2 minuman, snacks, satu warung tak silap aku dan tiada tandas. So kalau nak buang air kecil or besar just pergi kat kawsan semak then lepaskan hajat ke situ, itu jerlah cara kalau nak buang air yang kalau aku memang sanggup tahan buang air kalau jumpa tandas aku baru buang rasanya.So, sepanjang perjalanan aku tak dapat melelapkan diri then aku menghabiskan masa dengan menonton movie Lone Survivor kt dalam phone aku. Dah habis movie baru rasa mengantuk dan dalam pukul 4 lebih rasanya baru aku terlelap. Dalam pukul 6 pagi aku terjaga then tengok kat luar tingkap, bas dah berada di bandar Phnom Penh. Dalam 7 pagi bas akhirnya berhenti menurunkan kami di sebelah Night Market Phnom Penh. Sampai jer kami terus menaiki Tuk Tuk dan singgah ke kedai makan muslim untuk breakfast. Just makan nasi putih dengan ayam dan kuah sup okay laa sekadar untuk mengalas perut. Then kami berjalan kaki ke masjid terbesar di Phnom Penh yang masih dalam pembinaan sementara menunggu Tuk Tuk driver kami yang merupakan kenalan abang Nasir.

Dari kiri : Abang Nasir, Azrin, (aku), Haziq

Masjid terbesar di Phnom Penh yang masih dalam pembinaan



Dalam pukul 8.00 pagi Tuk Tuk pon sampai dan terus bawa kami ke tempat penginapan dan pada pukul 8.30 kami sampai di Guest House (tak ingat nama guest house tersebut) sementara menunggu bilik kami di siapkan kami ambil peluang rehatkan diri kt kerusi di ruangan lobby dan akhirnya pada pukul 9 kami selesai check in. Lepas dah letak barang kami terus keluar untuk pergi ke Thuol Sleng Genocide Museum yang merupakan tempat saksi kepada pembunuhan beramai-ramai di zaman pemerintahan Khmer Rouge. Dan kami pon sampai di Thuol Sleng Museum pada pukul 10. Kami dapat masuk free dengan bantuan Abang Nasir yang mengatakan membawa kawan2 kalau tak kami berlima akan di kenakan bayaran sebanyak USD3 seorang.




Keadaan di dalam bilik penginapan






Antara mangsa2 tahanan di bawah rejim Khmer Rouge

"A picture tells a thousand stories"


Antara sel tahanan di Tuol Sleng


Antara survivor yang masih hidup 

Dari kiri : Haziq, Paan, Azrin, (aku)


Bergambar di hadapan memorial Tuol Sleng




Selepas 1 jam di Tuol Sleng Genocide Museum kami pon keluar dan abang Nasir bawa kami makan tengahari di satu restoran muslim di tengah bandar Phnom Penh. Aku order Bai Cha a.k.a Nasi Goreng. Pehh alhamdulillah memang sedap dan teramat kenyang harga pon memang berbaloi. Selepas selesai lunch kami pon pulang ke guest house untuk rehatkan diri masing2. Selepas asar kira2 pukul 4.15 petang kami keluar lagi untuk bersiar-siar di sekitar bandar Phnom Penh. Antara tempat yang kami pergi ialah di Phnom Wat, Royal Palace, Riverside, dan juga Phnom Penh Night Market. Selesai berjalan jalan abang Nasir bawa ke restoran Malaysia (kalau tak silap) sebab owner dia orang Malaysia iaitu lelaki Malaysia yang berkahwin dengan orang Kemboja dan mereka membuka restoran di Phnom Penh. So, malam tu memang makan besar gamoknya. Antara menunya ialah Seafood Tom Yam, telur dadar, Ikan Sweet Sour, Sayur Goreng. Lepas selesai dinner kami terus balik ke guest house dengan mengambil keputusan untuk tidak berjalan jalan ke kawasan sekitar kerana risau akan keselamatan sebab suasana malam di Phnom Penh tidak seaman di Siem Reap.



Di hadapan Phnom Wat



Royal Palace





Riverside




Dinner di restoran Malaysia



30 March 2014


-    Hari ke-2 kami dan merupakan hari terakhir kami berada di bumi Phnom Penh. Selesai check out pada pukul 11.45 pagi kami terus ke bergerak menaiki Tuk Tuk untuk lunch di restoran Asmak. Ini juga antara restoran Halal yang terdapat di Phnom Penh. Nasib baik tiap2 kali waktu makan abang Nasir bawa makan kt tempat berbeza-beza so dapat laa tukar selera tiap2 kali makan tu. Senang cerita kat Phnom Penh ni memang banyak restoran makanan Halal kalau tahu tempat dia berbanding di Siem Reap yg memang agak sukar nak cari betol2 Halal Food adapun di perkampungan Steung Thmey dan kalau nak fast food boleh pergi di KFC dan juga Pisterio Pizza (lagi satu rasanya owner Pisterio Pizza ni drpd Malaysia). Dan di restoran Asmak kami terjumpa dengan sorang rakyat Malaysia iaitu En. Rozlan Ismail. En. Rozlan hanya bersendirian di Phnom Penh atas urusan kerja dan dia pon cakap memang tak sangka dapat jumpa orang Malaysia, aku rasa dia memang lega gila kot time tu haha. So bila kami dah duduk semeja borak punya borak rupa2 nya En.Rozlan ni merupakan orang yang berpengalaman dalam bidang perhotelan dan dia pon tak sangka kami ni merupakan students bidang perHotelan sebab dia cakap dia ingat kitaorang ni budak2 photographer. Bila dah duduk semeja dan kitorang dalam bidang yang sama so memang lama lah kitaorang berborak dan topik utamanya mestilah dunia Hospitliti dan perhotelan so banyak jugaklah nasihat berguna yang kami dapat daripada En.Rozlan . Dah selesai lunch kami dengan En. Rozlan pon bergerak ke Central Market. Kt Central Market memang rambang mata jugak lah sebab macam macam benda jual daripada kasut, bag, baju, souvenirs, alat perhiasan dan macam macam lagi lah tapi bila dah kt Cambodia ni samada di Siem Reap atau Phnom Penh kalau nak shopping tu kena keluarkan lah korang punya bakat untuk tawar menawar kalau macam aku ni memang handal lah dalam bab2 bargain ni lagi2 aku boleh cakap sikit bahasa diorang (Khmer Language) so ada advantage lah kt situ kalau tak pandai bargain memang akan dapat harga cekik darah punya lah. Lagi satu dari pemerhatian aku barang2 yg diorang jual kt Central Market Phnom Penh ni agak nampak lebih berkualiti berbanding Night Market yg ada kt Siem Reap contohnya Tshirt2 kalau tengok daripada segi printing memang nampak agak berkualiti sikit lah, hehe. Tapi kitaorang kt Central Market lebih kepada cuci mata tak beli barang sangat, aku pon just beli Keychain, Fridge Magnet dengan Cambodia Button. Selesai pusing2 kt Central Market kami pon bercadang nak singgah di salah satu Mall yang terdapat di Phnom Penh tapi bila masuk bagi kitaorg memang takde apa2 yang menarik.Bosan punya pasal dan sementara menunggu abang Nasir hantar En. Rozlan ke hotel dan beli tiket bas kami, kami decide nak lepak2 kt Swensen's sambil2 tu nak relaxkan diri. Selepas itu sementara  nak menunggu bas pada pukul 7.00 malam kami pon pergi ke Phnom Penh Riverside untuk lepak2 mengisi masa yang terluang. Dalam pukul 5 lebih kami pon pergi singgah ke KFC untuk dinner dan jangan risau mana2 KFC kt Cambodia ni memang dijamin Halal. Selepas selesai dinner kami pon pergi ke sebelah Phnom Penh Night Market untuk menunggu bas kami. Bila bas sampai kami pon masuk dan agak terkejut jugaklah sebab bas yang ni pon seat baring tapi berbeza sikit dengan bas yang kami naik nak ke Phnom Penh. Bas nak balik ke Siem Reap ni aku boleh gelarkan "Bas Claustrophobia" sebabnya kalau orang2 yang tinggi macam aku ni memang tak selesa lah sebab ruangnya memang agak sempit. Nak tak nak kena menyesuaikan diri jugaklah kt dalam Bas Claustrophobia tersebut selama 8 jam perjalanan. Mula2 memang susah nak tidur sebab tak tak selesa dengan backpack letak kat kaki memang tidur pon ada gaya macam dalam perut ibu mengandung. Then bila lama2 layan lagu kt phone dan ditambah dengan penat seharian berjalan last2 aku dapat tidur jugak. Tersedar jer dalam pukul 3 pagi tengok bas dah kt kawasan Siem Reap, fuhh memang lega sangat da nak sampai. Then bila turun jer dari bas kami terus tahan Tuk Tuk dan pulang ke Hotel. Dan sekian sahaja untuk pos kali ini, macam2 pengalaman baru yang aku dapat sepanjang trip ni dan memang kenangan yang aku tak akan lupakan sepanjang umur hidup aku lahh, hehe. So lepas ni kalau ada masa maybe aku akan update lagi cerita2 yang dah berbulan kot aku hold.

(FARID)













Di restoran Asmak


Dari kiri : Abang Nasir, En.Rozlan, Haziq, Paan, Azrin, (aku)





Paan bergambar di hadapan Central Market sambil di photoboom oleh stranger


Di dalam Central Market

Satu Tuk Tuk boleh muat 7 orang, has ha



Angkor Mall

Hasil tangkapan Udang Galah fresh daripada Mekong River dijual dengan harga sekilogram USD30

Nelayan muslim yang mencari rezeki di Mekong River




Aktiviti wajib setiap kali pergi ke satu tempat yang menarik





Menunggu bas dengan keletihan






Ini rupa bas Claustrophobia yang aku maksudkan tadi, nampak macam best kan ? Tu pon sebab korang belum merasa  8jam berada dalam bas ni