Bersambung daripada post yang sebelum ni, kali ni nak cerita kami berenam termasuk Cik Amin sekali berjalan jalan di bandar Siem Reap keesokan harinya. Tapi nak sambung yang post sebelum ni sikit jer lagi.
Selepas selesai check in bilik pada pukul 9, dalam pukul 11 pula kami semua kena pergi kt restoran hotel sebab ada meeting dengan semua staf2 hotel. Perjumpaan dengan En. Hisham iaitu director hotel, HR manager, dan juga setiap HOD (Head of Department). So setiap daripada kami kena perkenalkan diri masing2, introduce kt mereka semua kami semua berasal daripada mana, tujuan kami ke situ. Dan Cik Hisham juga ada bagi beberapa maklumat advice tentang sedikit sebanyak kehidupan di Cambodia, macam mana culture hidup mereka, makanan dan juga sifat-sifat orang Cambodia ni yang memang banyak perbezaan dan boleh buat perbandingan dengan
Malaysians. Selepas semua staf2 selesai memperkenalkan diri masing2, meeting pon habis dalam masa sejam. Habis meeting kami semua terus dihidangkan makanan tengahari dan selesai jer lunch kami semua terus pergi balik bilik, nak berehat- rehat dulu penat daripada Malaysia pon tak hilang2 lagi, haha.
Selepas maghrib, kami semua dibawa oleh Cik Hisham ke restoran Haji Musa di perkampungan muslim. Kami pergi ke sana dengan menaiki tuk tuk dan pengalaman pertama menaiki tuktuk memang best dan agak jakun lah jugak kot sebab tengok tuktuk kt Cambodia lain sikit dengan tuk tuk di Thailand. Tuk tuk kt Thailand macam kt dalam cerita Ong Bak yang beroda tiga yang sama kot macam tuk tuk kt India, yang kt Cambodia ni pakai motor kapcai dengan kt belakang ada pasang seat maksimum 4-5 orang boleh muat. Sepanjang perjalanan nak ke perkampungan Muslim tu memang mencabar dengan jalan berlubang-lubang dan berhabuk memang sakit kepala first day kt Siem Reap. Dalam 15-20 minit kami pon sampai ke restoran Haji Musa, restoran ni terletak betul2 kt sebelah satu2 nya masjid di Siem Reap iaitu Masjid Al-Nikmah. Kalau pelancong2 daripada Malaysia datang ke Siem Reap, mereka memang akan di bawa ke restoran Haji Musa. Kami dihidangkan dengan Ayam Goreng, Sup Khmer, Tomyam, sayur goreng campur dan telur dadar. Kalau nak dibandingkan makanan di sini dengan di Cambodia memang tak banyak beza sebab ada beberapa makanan kt sini yang lebih kurang sama macam kt Malaysia cuma kt sini
main hidangan mereka ialah sup dan juga sayur, klau makanan bergoreng kt sini memang susah nak jumpa disebabkan tu jugalah kt sini susah nak jumpa orang gemuk/obesiti. Lepas selesai makan malam, Cik Amin menyerah beberapa hasil sumbangan warga politeknik yg berupa pakaian, seluar, tudung dan lain2 jenis pakaian. Selepas selesai makan malam, kira2 pukul 9 malam kami di bawa ke Siem Reap Art Center Night Market, kt situ macam2 barang yang dijual seperti tshirt, seluar, beg, barang2 kraftangan, dan macam2 lagi lah tapi malam tu cuma jalan2 cuci mata jer dulu, dah nak balik nanti kot baru shopping sakan kt situ. Lepas habis round2 kt Night Market terus pulang ke hotel.
 |
| Dalam perjalanan menuju perkampungan Muslim |
 |
| Di restoran Haji Musa |
 |
| Cik Amin dengan anak pemilik restoran |
 |
| Cambodia tuk-tuk |
 |
| Lokasi restoran Haji Musa yang betol2 terletak bersebelahan Masjid Al-Nikmah |
 |
| Sedikit sumbangan daripada warga PIS |
 |
| Antara salah satu night market di Siem Reap |
 |
| Art Center Night Market |
 |
| Pub Street |
3.12.2013
Selasa
Pagi selasa iaitu merupakan hari ke-2 kami berada di bumi Siem Reap. Plan pada hari kedua nak berjalan-jalan pusing satu bandar Siem Reap dan hari tu juga hari last nak keluar sama2, esoknya pulak da start LI dan lepas tu masing2 da takde masa nak keluar sama2. Selesai sarapan, kami semua berkumpul di lobby hotel sementara menunggu Cik Amin. Dengan menaiki tuktuk kami ke kedai untuk menyewa basikal. Dah sampai kami pon memilih basikal masing2 yang merupakan basikal 2nd hand daripada Jepun. Sewa untuk sehari dikenakan sebanyak USD1 iaitu kira2 Rm3.30, kira berbaloi lah tak mahal sangat.
Selesai urusan basikal, kami terus bergerak melalui jalan2 bandar Siem Reap yang agak sibuk. Kami berkayuh sambil menikmati pemandangan bangunan2 lama dan juga moden. Selepas singgah beberapa kedai kami sampai di satu taman yang menayangkan Galleri Photo. Kt situ boleh tengok gambar2 dan juga cerita disebalik gambar tersebut. Dalam setengah jam kami berehat di situ, selepas tu kami bergerak ke restoran Chusska untuk makan tengahari. Restoran tu lebih kurang macam restoran2 mamak kt Malaysia cuma menu makanan dan minuman dia lain sikit drpd yg kt Malaysia dan harga pon lebih mahal kalau nak dibandingkan. Lagi satu, bila order roti canai ker roti naan ker dia tak sediakan sekali kuah dhal or kuah kari macam mamak2 kt Malaysia. So harga untuk roti lain dan harga untuk kuah kari pon lain. Klau tak tau memang makan kosong2 macam tulah kuahnya takde. Lepas lunch kami sambung berjalan, tapi tak banyak tempat yang kami singgah sebab kalau pagi or petang memang tak meriah, klau malam baru best berjalan. Then, kami singgah di satu kedai jual basikal, saja jer tengok tinjau2 harga kot2 berkenan . Basikal2 di Siem Reap mostly basikal2 2nd hand dari Jepun tapi condition still elok lagi, harga pula dalam USD35-USD42 kalau padai nego memang dapat lagi murah. Pikir2 balik macam tak kena jer klau beli, sebab klau beli pon memang takde masa nak bawak berjalan-jalan. Masing-masing da penat so kitaorg decide nak balik ke hotel, esoknya da start LI so tak boleh jalan lama2. Dalam pukul 4 petang kami sampai di hotel, so masa untuk rehatkan badan pulak sebab jauh jugaklah klau ikutkan berjalan haritu. Okaylahh, sampai sini jer kot, nak cerita banyak lagi sebenarnya tapi disebabkan lepas sebulan kejadian baru nak update, so banyak benda dah tak ingat, kakaka.
Salam kami dari Bumi Siem Reap,
(FARID)
 |
| Riang ria Azrin dengan basikal beliau |
 |
| Lunch di restoran Chusska |
 |
| Antara menu2 yang terdapat di restoran Chusska |
 |
| Roti naan cheese |
 |
| Suasana di jalan besar Siem Reap |
 |
| Meninjau di kedai basikal |