Thursday, 20 March 2014

YB Datuk Sairin HJ. Karno


Pada awal bulan lepas, hotel kami My Hibiscus Hotel & Resort Siem Reap, Cambodia telah menerima kunjungan satu keluarga VIP berasal dari Sabah, Malaysia iaitu YB Datuk Sairin Hj. Karno, Ketua UMNO Bhg. P..180 Keningau merangkap ADUN N.34 Liawan, Keningau, Sabah, Malaysia.

Aku tergerak hati untuk update post kalini cuma untuk sekadar berkongsi pengalaman sepanjang handle guest VIP yang pernah datang ke hotel kami. Datuk menginap di hotel selama 3 hari 2 malam bermula 3 March 2014 hingga 5 March 2014.

Bergambar bersama Datuk sebelum berangkat pulang ke Phnom Penh


3 March 2014

-  Malam 3 March sebenarnya ada dinner guest daripada Malaysia sebanyak 8pax so aku dengan Haziq di tugaskan untuk handle dinner pada malam tersebut. Selesai jer dinner aku dengan Haziq di minta oleh manager kami untuk handle guest yang baru check in. Aku dengan Haziq assist guest ke bilik dan juga tolong bawakan luggage sampai ke bilik. Aku memang dapat rasa guest tersebut daripada Malaysia tapi tak berapa sure di sebabkan loghat mereka yang lain. Aku dengan manager assist bilik isteri Datuk, Haziq pulak assist bilik anak perempuan Datuk. Dah selesai assist guest ke bilik tiba2 isteri Datuk menghulurkan tips tiap seorang USD2, aku dengan haziq memang tersenyum lebar tapi agak pelik juga sebab biasanya kalau guest daripada Malaysia memang tak kan pernah kasi tips punya kalau foreigner dari Korea, China dan European pon akan kasi at least USD1. Tapi takpelah kami anggap jer tu semua rezeki. Dah selesai kami assist pula Datuk ke bilik yang baru jer siap urusan hal check in kt frontdesk, so sepanjang tu Datuk tanya beberapa soalan. Datuk tanya kami daripada mana, kenapa datang sini, student mana so lepas dah dapat tahu kami student daripada PIS aku dapat rasa Datuk agak gembira sebab dapat jumpa orang Malaysia.

    Selesai assist kat bilik, Datuk minta aku dengan Haziq masuk kt bilik sebab Datuk minta kami uruskan pula khidmat urut sebab sakit2 badan. Aku macam segan jugak lah nak masuk sebab selalunya kalau guest request apa2 just settle kt luar bilik jer ni kan pula yang berpangkat Datuk yang siap jemput masuk kt dalam bilik lagi. Kat dalam bilik Datuk sambung tanya lagi kami macam2 soalan aku dengan Haziq memang layan jerlah Datuk yang bagi aku peramah dan sporting last2 dapat tahu Datuk ni orang Sabah dan merupakan ADUN Keningau dan dapat tau juga rupa2 nya Datuk sebelum tu daripada Phnom Penh degan menaiki van dengan keluarga beliau. Biasa guest2 Malaysia yang datang check in yang ambik perjalanan dari Phnom Penh akan mengadu sakit2 badan, yerlah nak tempuh perjalanan 200++ km dengan jalan berlubang sana sini, berhabuk, traffik yang serabut. Dah selesai "berborak" dengan Datuk aku minta reception tolong uruskan hal massage then aku amek map dengan book guide then hantar kat bilik Datuk. Okay, selesai cerita untuk malam tu.

5 March 2014

    Last day Datuk kat sini, sebelum Datuk check out kami rancang nak temu bual Datuk nak minta sedikit pandangan Datuk tentang kami pelajar2 yang menjalani Latihan Industri di luar negara. So lepas Datuk selesai breakfast kat restaurant kami terus pergi kt bilik Datuk dan minta izin nak menemu ramah dan juga ambil sedikit masa Datuk sebelum check out. Aku nak letak video temu ramah tersebut tapi tak tahu macam mana nanti dah tahu aku cuba letak. Selesai jer temu ramah kami sempat bergambar dengan Datuk dan juga keluarga beliau. Lepas selesai check out Datuk teruskan perjalanan ke Phnom Penh dan pulang balik ke Malaysia melalui Phnom Penh International Airport.

   Aku just nak highlight kan yang Datuk Sairin ni seorang yang peramah, sporting, humble dan juga pemurah orangnya sebab sebelum check out Datuk sempat menghulurkan USD100 untuk di bahagikan kepada kami berlima alhamdulillah rezeki, banyak tu kalau ikutkan tips sampai seorang USD20 . Dan aku juga nampak Datuk Sairin seorang yang betul2 berjiwa rakyat melalui cara percakapan Datuk berbual dengan kami semua, melayan kami semua. Masa breakfast aku juga sempat perhati yang Datuk berbual dan duduk semeja dengan guest daripada China, aku dengar yang Datuk sempat promote Malaysia kt guest China tersebut walaupon aku tahu memang mereka tak paham apa yang Datuk cakap tapi melalui cara percakapan, Datuk dapat menarik perhatian guest daripada China tersebut walaupon ada kekangan bahasa antara mereka. So daripada situ memang jelas Datuk seorang yang peramah dan juga seorang yang berjiwa rakyat dan aku sangat respect kagum sebab belum pernah jumpa seseorang seperti Datuk Sairin yang sungguh humble. Bukan Datuk seorang jer, tapi satu keluarga Datuk peramah, sporting orangnya. Daripada Datuk, Datin dan juga anak2 beliau. Bagi aku memang susah kot nak jumpa macam keluarga Datuk yang memang peramah dan best !!! Ini jerlah benda aku nak share untuk post kalini, kbye :)


Salam dari Siem Reap (FARID)

Bersama dengan keluarga Datuk


Tuesday, 18 March 2014

12 Kilometers of sweat to Phnom Kroum

Setelah lama menyepi dek kesibukan di "High Season" start daripada awal tahun sampailah ke pertengahan bulan March so sekarang ni baru tergerak untuk update di blog. Adalah dalam 2-3 cerita yang dah di simpan sejak bulan Februari tapi di sebabkan busy, so bila dah ada free time ni memang kena rajin rajinkan untuk update apatah lagi membe2 pon selalu tanya kenapa dah lama tak update blog, aku tahu diorang pon nak tahu perkembangan sejak kami berada di sini so aku minta maaf kalau yang dah lama menunggu post yang terbaru daripada aku, hehe.


12 Februari 2014
Wednesday


-   Pada 12 Februari lepas aku, Alep, Azrin dan juga Haziq dapat offday pada hari yang sama. So, kami ber empat pon plan untuk keluar bersiar-siar pada hari tersebut kecuali Pak an yang tak dapat ikut sebab kena kerja. Dalam pukul 1.30 petang baru bergerak keluar dari hotel dan sebelum start berjalan kami lunch dulu KFC di bandar Siem Reap. Lepas selesai lunch kami terus cari basikal untuk di sewa. Lepas survey 4-5 last2 dapat juga kedai yang sewa basikal USD1, sebelum tu semua kedai yang kami cari minta harga USD2 tapi di sebabkan dah tahu memang boleh dapat harga USD1 so terpaksa meredah sampai 4-5 kedai sebab nak dapat yang harga USD1 punya pasal. Walaupon beza cuma USD1 tapi bagi aku lebih baik lagi satu USD1 di habiskan untuk beli air, boleh beli 2 tin air untuk USD1 tahu.

    Okey, lepas dah dapat basikal kami pon plan nak pergi mana tapi sebab masing2 dah tak tahu nak berjalan mana so kami pon decide untuk pergi ke tempat yang tak pernah pergi sebelum ni. So kami plan nak bersiar kat kawasan kampung tapi yerlah baru 2 bulan setengah duduk di Siem Reap kami semua memang tak tahu jalan nak pergi ke kawasan Countryside so kami ambik prinsip main redah jer nak sesat pon sesatlah. So lepas dah mengayuh dalam 2 kilometer tiba2 pulak kami rasa nak belok kat satu simpang jalan ni lepas dah masuk dalam 1-2 kilometer mengayuh tengok ada banyak bas bawak pelancong dari Europe, Korea , China then terpikir mesti diorang pergi ke kawasan tumpuan pelancongan tapi kami tak dapat jangka rupa tempat tu macam mana. Lepas dah jauh sikit berjalan baru nampak kawasan desa, kawasan sawah yang terbentang luas, boleh rujuk pic yang kat bawah :-












Dalam pukul 3.30 kami sampai kat kawasan tersebut, lepas 1 jam lebih mengayuh kami ambil keputusan untuk rehat kat satu pondok kosong. Time tu lah kami ambik masa untuk menikmati kawasan sekeliling, hilangkan dahaga dan juga rehat kan diri daripada cuaca yang panas terik.




Lepas dalam 30 minit berehat kami pun ambik keputusan untuk teruskan perjalanan ke kawasan yang kami masih tak tahu macam mana rupanya. Last2 dalam pukul 4.30 kami pon sampai ke tempat tersebut, rupanya lepas bersembang dengan guard di kawasan tersebut rupa2 nya kami menuju ke Jetty Terminal untuk ke Tasik Tonle Sap. Dah sampai sana, kami ambik masa rehatkan badan, hilangkan dahaga then cuba usha harga tiket untuk ke Tonle Sap. Lepas tanya kat kaunter, di sebab kan masatu tengah high season so tiket untuk seorang berharga USD15 kira2 RM50 juga lah. Di sebabkan tak rancang untuk ke situ so duit pon tak bawak sebanyak tu tapi takpe next time boleh pergi sebab banyak lagi masa. Hari pon dah nak gelap, dalam pukul 5 petang kami bergerak pulang ke hotel, nak habiskam lagi 12km untuk mengayuh. Fuhhh, memang penat mengayuh jer haritu dengan jalan berlubang sana sini, jalan batu, jalan tanah merah, dengan berdebunya lagi tapi kira berbaloi laa jugak pengalaman semua tu. Dalam perjalanan balik kami sempat singgah tengok penduduk kampung beriadah (boleh rujuk gambar di bawah) . Next time aku akan update lagi sebab mungkin pada 26,27 dan juga 28 March kami akan ke Phnom Penh pula. Tunggu ~

Salam dari Bumi Siem Reap. (FARID)

Sedikit info tentang Tonle Sap Lake

- Tonle Sap Lake is the largest fresh water in South East Asia. Its dimensions changes depending on the monsoon and dry season. During raining season from June to October, the lake is filled by water flowing from the Mekong with 14 meters depth and expands the surface of 10,000 square kilometers. In dry season from November to May its size 3,000 square kilometers with two meters in depth and water flows out from the Lake to the Mekong, in and out flowing is the best shelter and also very important for all kinds of fishes spawned and breeding babies. This lake providing many biodiversities , over 300 species of fresh water fishes, as well as snakes, crocodiles, tortoises, turtles and otters. More than 100 varieties water birds including storks, pelicans, etc.

Keadaan sekitar Jetty Terminal


Yang bangunan putih kecil kt hujung sana tu tengah buat Terminal baru yang masih dalam pembinaan




Terpaksa menunda basikal keluar daripada kawasan Terminal di sebabkan tak larat nak mengayuh di jalan yg berbatu



Lepas ambik gambar diorang terus minta USD1, cehh licik betol haha






Jalan masuk ke Jetty Terminal yang sangat berdebu
Masjid ke 2 di daerah Siem Reap