Monday, 16 December 2013

Dari Malaysia ke Siem Reap.......


Okeylah, bersambung daripada post azrin tadi...tapi aku nak bercerita lebih terperinci lagi perjalanan kami bertolak daripada kediaman masing2 sehinggalah menjejakkan kaki ke bumi Siem Reap, Cambodia

30.11.2013
Sabtu

Kami berlima iaitu Haziq, Paan, Alep, Azrin dengan aku (farid) yang mengikuti LI (latihan industri) di My Hibiscus Hotel Siem Reap, Cambodia. So ini merupakan sem ke-4 kami jadi memang wajiblah bagi setiap student Poli Malaysia menjalanai LI. Sebelum hendak ke bumi orang kami berlima kena beli stok2 makanan untuk di bawa ke sana, kena sediakan pakaian yang mencukupi sepanjang 5 bulan di sana dan lain2 perkara2 yg sepatutnya. Malas nak cerita panjang, so setibanya tarikh 30.11.2013 merupakan waktunya kami berlima untuk meninggalkan kediaman tempat tinggal kami yg pastinya akan dirindui oleh kami semua. Terpaksa berpisah dengan keluarga, sahabat2 dan juga pastinya makanan2 Malaysia dan yang pasti akan paling dirindui iaitu masakan mak, huhuhu.
       
              Aku, haziq, paan bertolak bersama sama drpd Jb menaiki kenderaan Poli dan di iringi En. Amin iaitu ketua program DHK dan juga ketua unit LI En.Zul. Kami bertolak drpd Jb selepas solat zuhur, iaitu dalam pukul 2.05 p.m. dan cuaca pon agak mendung ketika itu. Si Azrin dan juga Alep bertolak drpd kediaman mereka masing2 terus ke LCCT pada hari yang sama dan kami akan jumpa mereka di LCCT kira2 pukul 3 pagi. Kami iaitu group dari Jb alhamdulillah takde apa2 aral melintang sepanjang perjalanan cuma tersangkut jammed sebanyak 3 kali dan terlewat sikit untuk sampai ke destinasti. Kami sampai ke Sepang kira2 pukul 9 malam. Sebelum ke LCCT kami ke Putra Heights dahulu singgah di rumah Tuan Zamri iaitu kawan kepada En.Amin kira2 pukul 9.30 malam. Kami berehat, makan2 dan sempat jugak tidur sekejap maklumlah dah berejam kt dalam kereta, mana tak letih badan. Dalam pukul 3.00 a.m kami bersiap siap, dah mandi sarapan nasi lemak semua kami bertolak dari Putra Heights dalam kira2 pukul 3.30 a.m. Terasa macam VIP sekejap bila dihantar ke LCCT sebab naik kereta Tuan Zamri iaitu Mercedes Benz, fuhh rasa macam ahli korporat ada jugak, kakakaka. Jalan pon agak lengang pagi tu so kami pon selamat sampai ke LCCT dalam pukul 4.00 a.m.

1.12.2013
Ahad
        
            Dan disana kami group yang paling awal sampai, azrin dengan alep sampai tak lama selepas tu. Bila da sampai semua kami terus check in dalam pukul 5.00 a.m. Tengah dalam process check in tu tiba2 ada beberapa berita yang kurang baik, masa tengah imbas beg2 untuk diletakkan di ruang kargo tiba2 dalam stok makanan kami tu iaitu minyak masak tidak lepas katanya sebab barang kawalan. Tapi takpe ada beberapa minyak masak yg terlepas jugak sebab minyak masak dalam beg paan jer yg sangkut yang lain semua selamat. Minyak masak ni merupakan antara benda yang penting untuk dibawa ke Cambodia sebab katanya minyak masak kt sana memang mahal giler satu botol 5kg dalam puluh2 ringgit jugak. Nasib baik ada minyak masak yang terlepas, boleh lah memasak kt sana nanti. Tapi ada lagi dugaan lepas kes minyak masak tu, beberapa beg, kotak stok makanan kami tak lepas sebab da terlebih kuota 150kg untuk barang2 kargo. Yang terlepas stok2 makanan aku dengan paan punya, beberapa beg sumbangan seperti baju2, tudung, baju kurung dan lain2 paakain sumbangan drpd poli yg Cik Amin bawa. Stok2 makanan yang azrin, alep dengan haziq jer yg tak lepas adalah dalam 80kg total semua sekali tapi takpe sebab Cik Amin akan bawak stok2 makanan yg tak lepas ni dalam bulan 1 nanti, sebab Cik Amin cakap dia akan datang balik ke Siem Reap cuti Chinese New Year nanti. Tu jerlah dugaan sepanjang process check in, lepas siap2 kami kembali ke pangkuan keluarga masing2 yg hadir kt LCCT. Salam tangan mak ayah semua, time tu memang sedih sebab dah tau lepas tu akan berpisah dengan mereka selama 5 bulan, tapi takpe tu antara beberapa pengorbanan yg perlu dihadapi oleh kami berlima. Dalam 5.40 kami semua ke surau sementara tunggu azan subuh dalam 5.50 a.m. Selesai jer solat subuh kami terus ke ruang menunggu, pukul 6.30 kami dah dipanggil untuk masuk dalam flight. Tepat pukul 7.00 pagi flight AK1740 berlepas meninggalkan bumi Malaysia. Dalam penerbangan kami disajikan dengan hidangan Nasi Briyani Bukhari, Nasi Lemak Pak Nasser dan juga Mee Goreng Mamak. Diorang semua beruntung dapat makanan yang sedap2 tapi aku ni dapat makan Mee Goreng Mamak giler sedih tak class langsung, hahahah. Tapi habis jugak aku makan Mee Goreng Mamak tu, lapar punya pasal semua sedap. Aku ni first time naik flight memang agak excited jugak lah, haha lagi2 dapat seat sebelah tingkap dapat tengok pemandangan semua. Jarang nak dapat peluang macam ni lagi. Lepas breakfast, baca magazine sedar tak sedar dah sampai Siem Reap. Rasa macam sekejap jer 1 jam 40 minit tu. Kami selamat mendarat di lapangan terbang antarabangsa Siem Reap dalam pukul 7.40 pagi waktu tempatan. Keluar jer daripada pintu flight dapat rasa suasana yang agak aneh terasa macam kt Cameron Hignlands, nyaman jer cuaca kt sana. Masa sampai tu cuaca adalah dalam 22 Celcius, rupanya kenapa sebab sejuk masatu Cambodia terkena tempias angin winter daripada China, lebih kurang macam tulah tk tau nak cerita camne, haha. Kami di sambut oleh Cik Hisham iaitu pengurus My Hibiscus Hotel & Resort dan terus menuju ke hotel.Dan kami sampai di hotel kira2 pukul 8.15 a.m. Setakat ni saja post untuk kali ini, ada banyak lagi cerita sebenarnya tapi takpelah sambung untuk post2 selepas ini. Semoga terhibur, salam dari Siem Reap, Cambodia.

                                              to be continued......(Di sediakan oleh Farid)

dari kiri ; Azrin, aku (Farid), Haziq, Paan, En. Amin, Alep, En. Zul
En.Amin dan Tuan Zamri


Alep excited, haha




Gelagat selepas selasai check in tapi si Azrin tu dah kenapa ? haha

Kes minyak masak yang tak lepas untuk dibawa ke Siem Reap


Alep dengan keluarga beliau 

Azrin dan juga keluarga beliau

Bersama mak ayah aku sebelum berpisah dengan mereka selama 5 bulan

Paan tetap ceria, sempoi !


Sebahagian beg2 kami

Menunggu panggilan penerbangan ke Siem Reap

Perak'ian bergambar bersama sebelum berlepas

Muka2 excited first time naik kapal terbang, haha

Bergambar dahulu sebelum masuk

Sempoi En.Amin


Breakfast si Haziq


Tasik Tonle Sap klau tak silap lah

Yeahh, dah nak mendarat

Muka2 positif setibanya touchdown di bumi Siem Reap


Pintu masuk Siem Reap International Airport



Tak besar mana airport kt sini, airport kt Senai rasanya berpuluh kali ganda besar dia


Muka stress menunggu bagasi, haha

Pemanduan belah kiri di Cambodia


Pengurus My Hibiscus Hotel & Resort, Cik Hisham (baju putih)

Muka gembira  Paan dapat menolong bellboy, hehe


Sampai jer bilik terus landing kt katil masing2

No comments:

Post a Comment